SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU PASTI SESI 2014!

CARI DLM BLOG INI

Wednesday 4 January 2012

SILIBUS PASTI

Silibus 5 dan 6 Tahun

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Matematik
5. Jawi
6. Al-Quran
7. Peribadi Muslim
8. Sains
Ko Kurikulum Pasti Peringkat WP
1. Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring
2. Sukaneka pelajar 5 dan 6 tahun
3. Sukaneka pelajar 4 tahun
4. Alam Ria (Hari Bakat)
5. Ihtifal (Konvokesyen) pelajar 6 tahun
Ko Kurikulum Pasti Peringkat Kebangsaan
1. Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring
2. Alam Ria (Hari Bakat)

SILIBUS PASTI

Silibus PASTI

Silibus 5 dan 6 Tahun
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Matematik
5. Jawi
6. Al-Quran
7. Peribadi Muslim
8. Sains
Ko Kurikulum Pasti Peringkat WP
1. Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring
2. Sukaneka pelajar 5 dan 6 tahun
3. Sukaneka pelajar 4 tahun
4. Alam Ria (Hari Bakat)
5. Ihtifal (Konvokesyen) pelajar 6 tahun
Ko Kurikulum Pasti Peringkat Kebangsaan
1. Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring
2. Alam Ria (Hari Bakat)

Sunday 1 January 2012

LAGU RASMI PASTI

http://www.youtube.com/watch?v=mqNZK6JjzSc&feature=related

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang ... cemerlang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang ... gemilang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X

PIAGAM PELANGGAN PASTI

Piagam Pelanggan


  1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira and menghafal)
  2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran & Pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam pendidikan.
  3. Menyediakan suasana pembelajaran kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
  4. Sentiasa proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
  5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

Saturday 31 December 2011

SEJARAH PENUBUHAN PASTI NURUL HIDAYAH

Ura-ura untuk menubuhkan sebuah pra-sekolah berteraskan Islam di Teluk Kumbar  telah difikirkan sejak tahun 1990-an lagi. Penubuhan PASTI pusat telah menyemarakkan lagi semangat untuk menubuhkan PASTI di setiap daerah.Penubuhan PASTI Nurul Hidayah , Teluk Kumbar merupakan rentetan dari penubuhan PASTI di Sg. Batu Teluk Kumbar.Pada masa itu pendidikan PASTI tertumpu di rumah saudara Ghani di Sungai Batu, Teluk Kumbar .

Lama-kelamaan di dapati PASTI yang jauh tidak lagi praktikal maka pertemuan demi pertemuan telah dijalankan secara tidak langsung untuk berbincang mengenai penubuhan PASTI yang baru di Teluk Kumbar. Akhirnya penantian berakhir apabila  sebuah kawasan yang agak sesuai untuk dibina PASTI ditemui . Ia adalah ihsan Tn. Haji Latif Md. Nor  di Kampung Paya, Teluk Kumbar. Pada peringkat awal PASTI dibina untuk mendidik anak-anak ahli PAS di sekitar Teluk Kumbar.

Setelah tapak bangunan PASTI ditentukan maka sebuah bangunan yang dikembarkan dengan sebuah rumah beralamat di 173 Mk. 9,  Kg. Paya  telah dibina secara gotong-royong  dan hasil derma  penduduk. Akhirnya pada tahun 1998  bangunan itu dengan resminya telah dijadikan PASTI. Ia menggunakan kurikulum dari PASTI pusat sepenuhnya....

Pada waktu itu PASTI beroperasi  dua sesi yakni pada waktu pagi (lebih kurang 24 orang murid ) dan petang (lebih kurang 24 orang murid) . Pada waktu itu hanya murid berumur 6 tahun sahaja diambil belajar dan belum lagi dilengkapkan dengan uniform PASTI....bersambung. Pengerusi PASTI nurul Hidayah ialah En. Ibrahim ("Pak Im"). Antara individu yang tidak boleh dilupakan dalam penubuhan PASTI ini ialah allahyarham Tn. Hj. Yusof b. Saleh bekas Imam masjid Teluk Kumbar.

Kini PASTI mempunyai hampir 100 orang murid lelaki dan perempuan berumur 4 hingga 6 tahun. Mereka  dibimbing oleh 3 orang guru dan dibantu oleh 2 orang pembantu.
Murid berpakaian uniform PASTI. ...bersambung (harap maaf sedang diedit)

Gaji bulanan adalah berdasarkan kutipan  yuran  murid yakni RM30.00 sebulan.